• Kanak-kanak Lelaki Terkuci Dalam Rumah

    Published: Wednesday, 11 April 2018
    A- A+
    SARIKEI: Bomba bantu seorang kanak-kanak lelaki terkunci dalam sebuah rumah di lorong 6F1, Jalan Bangunan Kerajaan Sarawak di sini tengahari tadi.

    Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengahari itu, pihak bomba mendapati kanak-kanak tersebut secara tidak sengaja mengunci pintu hadapan rumah ketika sedang bermain.

    “Pihak bomba telah mengumpil kayu pada jeriji bahagian belakang dapur rumah pengadu,” ujarnya.

    Katanya, kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada penjaganya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Kanak-kanak Lelaki Terkuci Dalam Rumah "