• Kanak-Kanak 12 Tahun Disangka Hilang Rupa-Rupanya.....

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 23 April 2018
    A- A+

    Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang disangkakan hilang rupa-rupanya ‘berjoli’ dengan kad kredit ibunya dengan menikmati percutian mewah selama empat hari di Bali, Indonesia selepas bertengkar dengan kedua ibu bapanya.

    9news melaporkan, dia berjaya mendapatkan pakej percutian di Bali dengan harga terendah dan menempahnya ketika waktu sekolah.

    Kanak-kanak itu juga memperdayakan neneknya supaya menyerahkan pasport sebelum berlepas ke Bali secara bersendirian.

    Pada masa sama, ibu bapanya membuat laporan anak mereka hilang kerana tidak hadir ke sekolah sebelum mendapat tahu perkara sebenar.

    “Saya menyampah dan jelik. Tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan ini sebaik mendapat tahu dia ke luar negara,” kata ibunya, Emma.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-Kanak 12 Tahun Disangka Hilang Rupa-Rupanya..... "