• Kakitangan universiti Osmangazi tembak mati 4 rakan sejawat

    Published: Thursday, 5 April 2018
    A- A+
    (Gambar hiasan)

    ANKARA 5 April - Seorang kakitangan Universiti Osmangazi menembak mati empat kakitangan universiti berkenaan dalam kejadian di bandar Eskisehir barat Turki hari ini.

    Penyerang tersebut yang dikenal pasti sebagai seorang felow penyelidik di fakulti pendidikan telah ditahan untuk disoal siasat.

    Mangsa yang terbunuh merupakan seorang Timbalan Dekan, Setiausaha Fakulti dan dua pensyarah.

    Rektor universiti tersebut, Hasan Gonen mengesahkan empat kakitangannya terbunuh.

    Serangan tersebut mencetuskan panik dalam kalangan kakitangan universiti terbabit. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Kakitangan universiti Osmangazi tembak mati 4 rakan sejawat "