• Kahwin Dan Hamil Pun Ada Jadual

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 4 April 2018
    A- A+

    TOKYO - JEPUN. Pekerja di Jepun didakwa telah diberikan jadual bila mereka boleh berkahwin atau hamil.

    Trend membimbangkan itu didedahkan seorang suami pekerja nurseri di wilayah Aichi yang mendakwa isterinya dibuli majikannya dengan menyuruhnya hamil mengikut giliran.

    "Kami terpaksa bertemu dengan pengarah di pusat jagaan kanak-kanak terbabit untuk meminta maaf kerana 'terhamil'.

    "Pada awalnya, dia terima permohonan maaf kami, namun keesokan harinya dia mula memarahi isteri saya dan menuduhnya pentingkan diri sendiri kerana melanggar peraturan hingga menyebabkannya rasa bersalah," kata lelaki tersebut menerusi surat dihantar kepada akhbar Mainichi Shimbun pada bulan lalu.

    Sejak itu, puluhan wanita bertindak tampil dan berkongsi cerita sama.

    Seorang wanita berusia 26 tahun mendakwa dia perlu menunggu sehingga berusia 35 tahun untuk mengandung walaupun sudah mengalami masalah kesuburan.

    Sementara itu, wartawan yang pakar dalam kadar kelahiran rendah di Tokyo, Toko Shirakawa berkata, polisi itu biasanya dilaksanakan di mana majoriti kakitangan adalah wanita untuk memastikan rakan lain tidak berdepan bebanan kerja. - Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Kahwin Dan Hamil Pun Ada Jadual "