• Kaedah baharu perlu untuk tangani kumpulan radikal – Hishammuddin

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR – Pendekatan kententeraan kini tidak mencukupi untuk menangani isu kumpulan radikal seperti Daesh pada hari ini.

    Sebaliknya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kaedah baharu iaitu ‘kuasa lembut’ (soft power) dengan memenangi hati dan minda ahli kumpulan itu perlu digunakan.

    Jelas beliau, atas faktor Pusat Keamanan King Salman akan diwujudkan di negara ini dalam menghapuskan persepsi negatif dunia terhadap Islam.

    “Ini masalah yang perlu ditangani oleh pemimpin-pemimpin Islam. Ini satu pendekatan yang perlu diyakinkan kepada dunia sebenarnya.

    “Islam tidak boleh digambarkam sebegitu rupa kerana Islam adalah sederhana dan wajah sebenar Islam adalah toleransi serta secara tepatnya apa yang kita lihat di Malaysia hari ini.

    “Sebab itu saya lihat kelebihan yang ada pada kita bila mereka datang sendiri kerana mereka tahu perkara ini bukan dibuat-buat. Ia memerlukan kepimpinan dan keyakinan.

    “Saya bangga apabila Panglima Angkatan Tentera (PAT) di dunia melihat Malaysia dan mendengar serta mengharapkan sekurang-kurangnya pandangan kita,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menutup rundingan meja bulan PAT di di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

    Dalam rundingan itu, beliau turut berdialog dengan PAT dari 18 negara selain bertukar pandangan bersama mereka.

    Sementara itu, Hishammuddin berkata, Malaysia telah berkongsi pandangan dengan PAT bagaimana untuk bekerjasama bagi berdepan dengan kumpulan radikal.

    Jelas beliau, turut dibincangkan bagaimana negara telah berjaya menangani isu keganasan sebelum ini. – theRakyat

    Subjects:

  • No Comment to " Kaedah baharu perlu untuk tangani kumpulan radikal – Hishammuddin "