• Juruterbang maut, pesawat terhempas

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 3 April 2018
    A- A+
    Foto AFP

    YANGON: Juruterbang pesawat tentera Myanmar terbunuh selepas pesawatnya mengalami masalah teknikal lalu terjunam ke dalam sawah, kata pihak tentera, hari ini.

    Rakaman Video langsung laman sosial Facebook menunjukkan api marak dari lokasi kemalangan berhampiran kampung Kyunkone, kira-kira satu jam perjalanan dari ibu kota Naypyidaw.

    Penduduk kampung menjumpai juruterbang bersama payung terjunnya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mereka cuba mengheretnya keluar daripada bangkai pesawat untuk mendapatkan rawatan.

    Pejabat ketua tentera kemudian mengesahkan kemalangan itu melalui laman sosial Facebook dan ia dipercayai berpunca daripada masalah teknikal.

    Juruterbang disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya ketika dalam perjalanan ke hospital di bandar Taungoo.

    "Siasatan sedang dijalankan," tulis tentera di laman itu.

    Sementara itu, Polis mengesahkan pesawat F-7 satu tempat duduk itu terhempas kira-kira jam 10.00 pagi waktu tempatan, awal pagi tadi.

    Menurut sumber juruterbang itu dikenali sebagai Mejar Arkar Win dan berusia sekitar 30-an. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Juruterbang maut, pesawat terhempas "