• Joe Flizzow Janji Tak Buat Lagi

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 13 April 2018
    A- A+

    Selepas kontroversi wanita berbikini dalam video klip lagu Drop, penyanyi Joe Flizzow akan lebih berhati-hati dalam penghasilan muzik videonya selepas ini.

    Joe, 39, mengakui dia tidak mampu lari dari kontroversi namun berharap selepas ini tidak akan menyentuh sensitiviti ramai dengan setiap karyanya.

    “Saya boleh katakan dalam banyak penyanyi hip hop di negara sini, saya antara yang mendapat perhatian lebih sedikit. Jadi, apa saja yang saya buat pasti akan menjadi bualan.

    “Kadang-kadang sesetengah perkara itu tidak ada apa-apa dan biasa saja pun di mata saya. Bagaimanapun, orang lain berpendapat lain.

    “Jadi, saya akan pastikan selepas ini muzik video saya tidak lagi buat orang terusik dan terasa. Saya buat lagu pun untuk memberi kegembiraan kepada orang ramai.

    “Sekiranya ia tidak memberi kegembiraan kepada mereka, baik saya tak buat,” katanya.

    Terdahulu, Joe meminta maaf kepada peminat yang tersinggung dengan babak wanita berbikini dalam video muzik lagunya berjudul Drop selepas dilancarkan pada November tahun lalu.

    Menurutnya, dia tidak melihat ia sebagai isu besar memandangkan model berkenaan bukan warganegara Malaysia namun bersedia menerima kecaman.

    Joe mengatakan konsep video itu ditentukan pihak label yang berniat untuk memasarkannya di peringkat antarabangsa.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Joe Flizzow Janji Tak Buat Lagi "