• Jet Pejuang Qatar Pintas Pesawat UAE

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 23 April 2018
    A- A+

    DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata jet pejuang Qatar memintas sebuah pesawat penumpang yang membawa 86 orang ke Bahrain hari ini.

    Menurut agensi berita WAM yang memetik pihak berkuasa penerbangan awam UAE sebagai berkata, pesawat itu terpaksa terbang ke arah berlainan bagi mengelakkan bertembung dengan jet berkenaan.

    Bagaimanapun agensi terbabit tidak mendedahkan identiti pesawat tersebut.

    Selain itu, Qatar juga masih belum memberikan sebarang komen berhubung dakwaan berkenaan.- REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Jet Pejuang Qatar Pintas Pesawat UAE "