• Jentera PBB Muara Tuang Akan Pastikan Calon BN Menang Di Kota Samarahan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 23 April 2018
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang berkata, jentera Barisan Nasional (BN) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Muara Tuang akan memastikan calon BN menang di kerusi Parlimen Kota Samarahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN, jentera BN DUN Muara Tuang akan sentiasa bersama jentera BN dari kawasan DUN lain di bawah Parlimen tersebut.

    “Hari ini kita di Parlimen Kota Samarahan melancarkan jentera BN PRU14.

    “Pastinya semangat rakan-rakan di kawasan Kota Samarahan ini termasuk DUN Muara Tuang begitu tinggi untuk memastikan kemenangan calon kita nanti,” katanya.

    Beliau yang juga ketua penerangan PBB memberitahu, segala persiapan jentera BN di kawasan itu sudah dilakukan dari peringkat awal lagi di setiap ranting.

    “Kita mahu memastikan calon BN di Parlimen Kota Samarahan ini menang dengan penuh bergaya dan bermaruah bagi meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat.

    “Malah, kemenangan ini juga akan membolehkan kita meneruskan khidmat bakti kita membela nasib rakyat luar bandar khususnya di kawasan Parlimen ini,” ujarnya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Jentera PBB Muara Tuang Akan Pastikan Calon BN Menang Di Kota Samarahan "