• Jangan Percaya Tular Individu Tidak Berdaftar Dengan SPR Tetapi Boleh Mengundi

    Reporter: M. H. W.
    Published: Sunday, 22 April 2018
    A- A+

    JOHOR BAHRU - Masyarakat digesa untuk tidak terpedaya dengan dakwaan terdapat individu yang belum mendaftar namun namanya tersenarai sebagai pengundi dalam semakan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, dakwaan itu didakwa tular dalam media sosial khususnya menerusi bahasa Mandarin.

    “Mustahil perkara itu berlaku kerana pendaftaran sebagai pengundi perlu dibuat secara manual.

    “Sehubungan itu, saya mengingatkan orang ramai untuk tidak mempercayai dakwaan tersebut yang kini berlegar dalam media sosial,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Apresiasi Pegawai, Kakitangan dan Keluarga Rela Parlimen Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Percaya Tular Individu Tidak Berdaftar Dengan SPR Tetapi Boleh Mengundi "