• Jangan Lupa Tarikh Keramat 9 Mei, Beri Sokongan Padu Kepada BN

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 30 April 2018
    A- A+

    LUNDU: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengingatkan pengundi Lundu supaya tidak lupa dengan tarikh keramat 9 Mei.

    Beliau berkata, pengundi mesti turun awal pada tarikh tersebut dan tidak lupa membawa kad pengenalan.

    "9 Mei adalah tarikh mengundi dan jangan lupa tanggungjawab.

    "Bawa kad pengenalan dan beri sokongan padu kepada BN," katanya ketika walkabout di Medan Selera Lundu hari ini.

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Jamilah Anu.

    Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyaksikan Wan Junadi akan ditentang calon Parti Amanah Negara (PAN) Mohd Fidzuan Zaidi.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Wan Junaidi menang dengan majoriti 20,936 undi mengalahkan Affendi Jeman (Bebas), Zulrusdi Mohamad Hol (PKR) dan Mura Kadir (STAR).-Sarawakiana
  • No Comment to " Jangan Lupa Tarikh Keramat 9 Mei, Beri Sokongan Padu Kepada BN "