• Jangan kongkong SPR - Abdul Hadi

    Published: Wednesday, 11 April 2018
    A- A+
    KUANTAN 10 April - Semua pihak perlu memberi kebebasan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh hari pengundian pilihan raya umum di negara ini.

    Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali, terpulang kepada SPR untuk menetapkan tarikh yang difikirkan sesuai.

    Apa yang penting, kata beliau, adalah menggerakkan kesediaan rakyat untuk mengundi pada tarikh yang ditetapkan itu.

    "Terpulang kepada SPR untuk mengadakan bila-bila masa pilihan raya umum. Yang penting kesediaan mengundi rakyat. Itu yang sangat penting yang perlu kita gerakkan.

    "Jangan kita kongkong SPR, nak perintah dia buat itu dan ini," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Amanat Pilihan Raya Pas Teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih di Indera Mahkota di sini malam ini.

    SPR hari ini mengumumkan hari pengundian PRU-14 ditetapkan pada 9 Mei iaitu pada hari Rabu manakala tarikh penamaan calon pada hari Sabtu, 28 April ini. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Jangan kongkong SPR - Abdul Hadi "