• Jamal Abdillah Sedia Timang Anak

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 26 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Selepas isterinya mengalami keguguran tiga bulan lalu, Datuk Jamal Abdillah masih berusaha untuk menimang cahaya mata secepat mungkin kerana merindui hilai tawa kanak-kanak.

    Mengakui dia sangat sukakan kanak-kanak, Jamal, 59, dan isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin, 24, bersedia pada bila-bila masa sahaja andai diberikan rezeki tersebut.

    “Bila anak-anak dah besar dan berjauhan dengan mereka, saya sangat rindukan suara anak-anak kecil di rumah. Momen bersama anak-anak sewaktu kecil sangat manis dan saya seronok dengan suasana riuh rendah suara mereka.

    “Tambahan pula saya memang suka pada kanak-kanak. Justeru, kalau Allah SWT beri rezeki anak secepat mungkin, itu adalah nikmat kesyukuran yang luar biasa,” kata Jamal ketika ditemui usai persembahan meraikan para setiausaha menerusi Luncheon with the Stars bersama Dayang Nurfaizah di Hotel Tenera, Bangi, semalam.

    Melalui perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua cahaya mata iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani. Osama kini bersekolah di Johor Bahru manakala Zaki di Shah Alam.

    Tidak menjadikan faktor usianya yang agak berumur untuk terus menimang cahaya mata, Jamal sebaliknya merasakan kehadiran lebih banyak cahaya mata adalah rezeki yang perlu disyukuri.

    “Walaupun saya sudah hampir 60 tahun dan isteri baru 24 tahun, itu tidak jadi alasan sebab saya memang mahu menambah anak. Kalau dapat lebih ramai anak lelaki, lagi lah saya gembira,” katanya yang kini menetap di Ipoh, Perak. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Jamal Abdillah Sedia Timang Anak "