• Isytihar perang terhadap pemburu hidupan liar

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 1 April 2018
    A- A+

    TANGKAK 1 April - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini men-gisytiharkan perang jerat terhadap pemburu hidupan liar kuhususnya harimau belang di Semenanjung Malaysia yang diancam kepupusan.

    Serentak itu, beliau mengajak semua agensi di bawah kementeriannya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat memusnahkan jerat yang ditemui di hutan dan bertindak terhadap pemburu itu.

    “Kita perlu memusnahkan jerat-jerat ini kerana ia tidak mengenal sesiapa sahaja dan menjerat hidupan liar adalah perbuatan kejam.

    “Kalau kita terjumpa mereka yang membawa senapang berburu dalam hutan, kita harus segera melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan,” tegasnya ketika berucap melancarkan sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia 2018 Peringkat Kebangsaan di Dataran Ledang di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Isytihar perang terhadap pemburu hidupan liar "