• Isteri pengerusi Korean Air disiasat

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 23 April 2018
    A- A+

    SEOUL 23 April - Polis Korea Selatan melancarkan siasatan terhadap isteri pengerusi Korean Air berikutan dakwaan dia telah mendera para pekerjanya.

    Dalam insiden berkenaan, polis berkata mereka menyiasat sama ada wanita terbabit, Lee Myung-hee mendera pekerjanya secara lisan dan fizikal.

    Laporan media mendakwa Myung-hee yang berusia 60-an, mendera beberapa pekerja yang mengubah suai rumahnya serta pekerja Korean Air, termasuklah menjerit, memaki, menampar dan menendang mereka.

    “Kami telah melancarkan siasatan awal berhubung dakwaan bahawa Myung-hee menyerang dan mendera secara lisan beberapa pekerja,” lapor agensi berita Yonhap memetik pegawai polis enggan dikenali sebagai berkata. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri pengerusi Korean Air disiasat "