• Isteri Menteri Beri Bantuan Kecemasan

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+

    TUARAN: Tindakan pantas isteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datin Seri Dr Jaina Sintian memberi bantuan kecemasan kepada seorang ahli kadet polis yang pengsan ketika Majlis Penutupan Kem Kadet Polis Tuaran di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Bawah Bayu di Tamparuli, di sini, semalam, mendapat pujian ramai.

    Gambar Dr Jaina memberi bantuan kecemasan itu turut disiarkan di media sosial termasuk laman sosial Facebook milik suaminya, Datuk Seri Madius Tangau yang juga Pemangku Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) serta penyandang Ahli Parlimen Tuaran.

    Sebelum kejadian itu, Dr Jaina yang juga doktor perubatan menemani suaminya ke majlis itu sebelum melihat seorang pelatih tiba-tiba pengsan.

    Madius dalam catatan di laman Facebooknya berkata, isterinya yang juga Ketua Wanita UPKO tanpa diminta dengan sendiri turun dari pentas untuk membantu pelatih berkenaan.

    Seorang pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Abdul Rahman Senang memuat naik komen: “Congratulation Datin...semoga sentiasa dirahmati Tuhan’, manakala seorang lagi pengguna Facebook DS Michael Teh berkata, “A fine example of a good doctor’ (contoh doktor yang baik).-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Menteri Beri Bantuan Kecemasan "