• INFRA Sarawak Dijangka Beroperasi Julai Ini

    Published: Thursday, 12 April 2018
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg hari ini menyempurnakan majlis pra perasmian Kampus Latihan Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sarawak di sini.

    Abang Johari berkata, kemudahan terbaharu itu akan membolehkan pembangunan industri berteraskan pertanian ditingkatkan dari semasa ke semasa.

    "Kita menyambut baik pembangunan ini kerana banyak memberi manfaat kepada orang ramai terutama yang mempunyai minat untuk meningkatkan ekonomi sendiri.

    "Di kampus ini, mereka boleh belajar lebih lanjut terutama dalam bidang pertanian," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

    Kampus Latihan INFRA Cawangan Sarawak itu merupakan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dengan kos keseluruhan RM55.6 juta.

    Ia merupakan kampus latihan kedua INFRA selepas kampus utamanya di Bangi, Selangor.

    Kampus latihan itu dijangka siap sepenuhnya Jun ini sebelum beroperasi menjelang Julai. - K! ONLINE
  • No Comment to " INFRA Sarawak Dijangka Beroperasi Julai Ini "