• Indeks BOI Naik Kepada 12.58 Mata Peratusan Pada Suku Kedua

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Sentimen perniagaan dalam kalangan syarikat Malaysia terus menunjukkan peningkatan pada suku kedua 2018, dengan Indeks Keyakinan Perniagaan (BOI) Malaysia naik secara keseluruhan kepada +12.58 mata peratusan berbanding +3.07 mata peratusan pada suku sama tahun lepas.

    Menurut Dun & Bradstreet (D&B), enam petunjuk perniagaan di bawah kajian BOI mengikut suku tahun itu merangkumi jumlah jualan, untung bersih, harga jualan, paras inventori, kakitangan dan tempahan baharu.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Audrey Chia berkata petunjuk positif itu mencerminkan pertumbuhan pelbagai sektor, dengan pembuatan dan borong khususnya, mendapat manfaat daripada permintaan global yang berterusan bagi semikonduktor dan pertumbuhan eksport yang lebih kukuh.

    “Sentimen dalam sektor pembinaan, bagaimanapun kekal rendah berikutan masalah yang dihadapi oleh sektor itu, termasuklah kekurangan tenaga kerja asing, kenaikan gaji minimum dan pembayaran lewat.

    “Kami menjangka sentimen kekal positif dalam masa terdekat, yang disokong oleh bajet, termasuklah pelaburan di sekolah, hospital dan infrastruktur luar bandar, menjelang pilihan raya umum 2018 dan kemudahan untuk menjalankan perdagangan rentas sempadan," katanya dalam kenyataan hari ini.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Indeks BOI Naik Kepada 12.58 Mata Peratusan Pada Suku Kedua "