• Identiti Dukun Wanita Berkebaya Merah Dibongkar

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 2 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, penyebaran sebuah klip video menampakkan sosok seorang gadis misteri berkebaya merah pada waktu malam di bahu jalan raya telah mengundang pelbagai spekulasi dan reaksi.

    Selang beberapa hari kemudian, kesangsian yang timbul telah dirungkai oleh penjelasan sekumpulan penuntut yang melakonkan dan merakam klip tersebut untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

    Meski dilihat isu tersebut sudah selesai, namun beberapa hari lalu, sekali lagi cerita tentang wanita berpakaian hampir serupa mula diperkatakan.

    Setelah disiasat, rupa-rupanya wanita dimaksudkan adalah Datin Umie Aida yang mengenakan kebaya rona terse-but untuk menghiasi poster rasmi filem kontroversi, Dukun.

    Treler promosi Dukun mula disiarkan selepas mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem pada 23 Mac lalu dan rata-rata peminat filem Melayu teruja menantikan naskhah arahan Dain Said itu.

    Pernah diharamkan untuk tayangan umum pada 2007 kerana dikatakan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak, akhirnya LPF memberi kelulusan kepada karya itu untuk dipertontonkan selepas 11 tahun ‘disimpan’.

    Selain Umie, filem itu turut dibintangi Allahyarham Ramli Hassan, Faizal Hussein, Adlin Aman Ramli, Nam Ron, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Awaa Vanja, Elyana, Sofi Jikan dan Chew Kin Wah.

    Dukun berkisar cerita sebenar tentang pembunuhan kejam dilakukan terhadap seorang ahli politik oleh pengamal perubatan tradisional wanita dengan bantuan suami dan pekerjanya.

    Ketiga-tiga mereka didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 2001.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Identiti Dukun Wanita Berkebaya Merah Dibongkar "