• Hospital terbakar di Turki, tiada kecederaan direkodkan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 6 April 2018
    A- A+

    GAZIOSMANPASA: Satu kebakaran berlaku di sebuah hospital di Turki memaksa pemindahan pesakit dilakukan pada Khamis.

    Bagaimanapun api marak dengan asap hitam tebal di hospital Taksim Ilk Yardim di daerah Gaziosmanpasa itu tidak merekodkan sebarang kematian mahupun kecederaan.

    Para pesakit yang berada di dalam hospital dipindah keluar menggunakan pengusung dengan bantuan pasukan perubatan di sana.

    Gobernor Istanbul Vasip Sahin yang berada di lokasi kejadian berkata pihak bomba dan penyelamat berjaya mengawal api yang marak.

    Sahin turut melaporkan bahawa kebakaran berlaku di bahagian luar bangunan hospital namun asap tebal telah menembusi bahagian dalamnya.

    Sekurang-kurangnya 70 orang pesakit dipindahkan setakat ini manakala mereka yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dipindahkan ke bahagian yang tidak terjejas.

    Punca kejadian masih disiasat. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Hospital terbakar di Turki, tiada kecederaan direkodkan "