• Hawana Bincang Kepentingan Masa Depan Media Di Malaysia

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 11 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyem Matrade bagi membincangkan masa depan media di Malaysia.

    Bertemakan Membela Bangsa, Membina Negara, Hawana akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 5 petang ini.

    Objektif utama penganjuran Hawana adalah bagi mendapatkan pengiktirafan negara dan penghargaan atas sumbangan pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.

    Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama pengamal media Malaysia lain telah mengambil tanggungjawab untuk menganjur dan melaksanakan sambutan itu bagi mengangkat martabat profesionalisme kewartawanan negara. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Hawana Bincang Kepentingan Masa Depan Media Di Malaysia "