• Hasrat Rusia adakan siasatan agen saraf gagal

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 5 April 2018
    A- A+
    THE HAGUE 5 April - Hasrat Rusia untuk mengadakan siasatan bersama berhubung kes serangan agen saraf ke atas bekas ejen negara itu di Britain gagal, semalam apabila Moscow kalah dalam kiraan undi 15-6 semasa mesyuarat badan pemantau senjata kimia global.

    Rusia meminta satu mesyuarat tergempar di Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) bagi menjawab dakwaan Britain yang menuduh Moscow mendalangi insiden pada 4 Mac lalu melibatkan bekas ejen Sergei Skripal dan anak perempuannya di Salisbury, England.

    Namun cadangan Rusia hanya mendapat sokongan China, Azerbaijan, Sudan, Algeria dan Iran ketika Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah mengundi menentang cadangan tersebut. - REUTERS/Utusan

    Subjects:

  • No Comment to " Hasrat Rusia adakan siasatan agen saraf gagal "