• Hanya Calon BN Yang Boleh Suarakan Masalah Penduduk Miri

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    Perebutan kerusi sudah menjadi kelaziman dalam Pakatan Harapan (PH) kerana masing-masing berhasrat meletakkan calon.

    Kerusi Parlimen Miri juga tidak terkecuali, walaupun agak senyap pada permulaannya namun kini 'bergelora' selepas DAP bercadang meletakkan Alan Sing Sie Kiong sedangkan kerusi tersebut disandang Dr Micheal Teo dari PKR.

    Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Wong King Wei berkata, kepimpinan tertinggi PH akan bermesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut.

    DAP memberi alasan penduduk Miri mahukan calon baharu bagi menggantikan Dr Teo.

    Calon baharu tidak semestinya di kalangan pembangkang, DAP harus faham kehendak sebenar orang Miri.

    Selepas terseksa lima tahun sudah pasti mereka mahukan seorang ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) yang boleh menyuarakan masalah mereka di Dewan Rakyat.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Hanya Calon BN Yang Boleh Suarakan Masalah Penduduk Miri "