• Had pinjaman AIM dinaikkan kepada RM15,000

    Published: Sunday, 15 April 2018
    A- A+

    PEKAN - Kadar had maksimum bantuan pinjaman i-Sejahtera dan i-Wibawa masing-masing dinaikkan sehingga RM15,000 sebagai inisiatif membantu keluarga miskin memulakan perniagaan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenaikan had maksimum pinjaman tersebut disediakan melalui peruntukan khas RM100 juta bagi membantu golongan usahawan AIM di seluruh negara pada tahun ini.

    "Had maksimum pinjaman i-Sejahtera pada masa ini sebanyak RM10,000 dinaikkan kepada RM15,000. Had RM5,000 bagi pinjaman i-Wibawa juga dinaikkan kepada RM15,000.

    "Sejak 1987, kerajaan mewujudkan AIM ini kerana ingin melihat pendapatan keluarga miskin boleh meningkat," ujar Najib semasa berucap pada majlis Himpunan Usahawan AIM Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Had pinjaman AIM dinaikkan kepada RM15,000 "