• Guna Logo PKR Bidang Kuasa Parti, Bukan SPR

    Published: Saturday, 7 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa calon-calon Pakatan Harapan diketuai DAP yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan menggunakan simbol logo PKR perlu mendapat kebenaran daripada agensi tersebut.

    Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, kebenaran calon-calon Pakatan Harapan menggunakan simbol logo PKR adalah di bawah bidang kuasa parti tersebut.

    Jelas beliau, kenyataan SPR telah disalah erti seolah-olah keputusan menggunakan lambang PKR oleh parti lain dalam Pakatan Harapan mesti mendapat kebenaran agensi yang mengendalikan urusan pilihan raya.

    “Laporan pihak media berkenaan mengenai perkara itu tersasar daripada makna sebenar yang cuba dinyatakan semasa sidang media tersebut.

    “Apa yang dinyatakan adalah sekiranya mereka bercadang bertanding atas tiket PKR, maka hanya simbol parti itu dibenarkan diguna ketika PRU-14 untuk tujuan kempen, manakala simbol-simbol parti lain tidak boleh digunakan sebagai bahan kempen termasuk simbol DAP, PAN dan PPBM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Guna Logo PKR Bidang Kuasa Parti, Bukan SPR "