• Gitaris Ekamatra Mengaku Bersalah Sebabkan Kematian Warga Emas

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 23 April 2018
    A- A+

    ALOR SETAR: Seorang lelaki yang merupakan gitaris kumpulan rock Ekamatra mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas pada 25 Februari lalu.

    Tertuduh, Nurulazman Saliholdin @ Salihaldin, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

    Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Batu Pahat, Johor didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, di sebuah rumah di Taman Malaysia antara pukul 2 petang hingga 6 petang tarikh kejadian.

    Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

    Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.- K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Gitaris Ekamatra Mengaku Bersalah Sebabkan Kematian Warga Emas "