• Geran MRP & RTP Bukti Kerajaan Prihatin Terhadap Penduduk Luar Bandar

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 5 April 2018
    A- A+
    Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa menunjukkan keperihatinan terhadap penduduk luar Bandar dengan menyediakan pelbagai geran untuk menangani masalah yang dibangkitkan rakyat.

    Antara lain, geran Projek Kecil LuarBbandar (MRP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) merupakan inisiatif berterusan yang telah dilaksanakan kerajaan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, Kerajaan persekutuan sentiasa prihatin terhadap pembangunan rakyat di luar bandar dengan menyalurkan geran projek kecil luar bandar (MRP).

    “Kerajaan negeri turut menyalurkan geran yang melibatkan projek-projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

    “Ini dimanfaatkan untuk pembangunan luar bandar agar seiring dengan pembangunan di bandar,” katanya.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata demikian pada majlis ringkas penyampaian geran MRP kepada sebanyak 39 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Biro Wanita, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kelab dan persatuan di kawasan Parlimen Kapit.

    Nanta turut menjelaskan banyak perubahan telah dilaksanakan kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dinikmati rakyat di kawasan luar bandar di kawasan tersebut.

    “Peruntukan yang besar juga diluluskan demi kesejahteraan rakyat,” katanya dipetik sebagai berkata. – Sarawakiana
  • No Comment to " Geran MRP & RTP Bukti Kerajaan Prihatin Terhadap Penduduk Luar Bandar "