• Gempa Bumi Lemah Landa Ranau

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 5 April 2018
    A- A+

    Satu gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 10.12 malam tadi.

    Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, pusat gempa itu terletak di latitud 6.1 utara dan 116.6 timur, kira-kira 17 kilometer (km) di barat laut Ranau.

    “Gegaran dirasai di sekitar Ranau, Kundasang dan Kota Kinabalu,” katanya.

    Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian terbabit.-Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Gempa Bumi Lemah Landa Ranau "