• Gadis Dirogol Sambil Kakaknya Jadi Penonton

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 26 April 2018
    A- A+

    MENGEJUTKAN…seorang budak perempuan berusia 13 tahun telah dirogol oleh seorang remaja lelaki yang berusia 16 tahun sambil disaksikan oleh kakak remaja lelaki itu.

    Lebih malang, selepas perbuatan terkutuk itu berakhir, mangsa telah dipukul oleh ibu dan bapa remaja lelaki tersebut.

    Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Kejadian mengejutkan itu berlaku di bandar Shivli, India.

    Mangsa juga telah diugut supaya tidak mendedahkan perkara berkenaan kepada sesiapapun sebelum dia dibenarkan balik ke rumahnya.

    Dia kemudian dibawa ke hospital dan keadaannya kini kritikal namun mangsa sempat memberitahu perkara itu kepada keluarganya sebelum mereka membawanya ke hospital.

    Remaja lelaki itu serta ibu bapanya telah ditangkap.

    Kes ini mencetuskan kemarahan ramai di India apatah lagi ia berlaku selepas seorang kanak-kanak berusia lapan tahun telah dibunuh dan dirogol oleh sekumpulan lelaki.

    Ia juga menyebabkan bagi menzahirkan kemarahan mereka terhadap Perdana Menteri, Narendra Modi kerana lambat bertindak. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Gadis Dirogol Sambil Kakaknya Jadi Penonton "