• Fatimah Harap Usaha Melobi Di Parlimen Mukah Tidak Membawa Perpecahan

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+

    KUCHING: Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, usaha melobi untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diharap tidak membawa perpecahan.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, Dalat merupakan antara kawasan dalam Parlimen Mukah juga berharap usaha tersebut tidak membawa perpecahan dalam kalangan penduduk yang mahu individu disokong mereka dicalonkan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, usaha lobi-melobi itu adalah satu lumrah dan berlaku juga di kawasan Parlimen lain. Namun, apa lebih penting adalah agenda pembangunan.

    “Janganlah ia menjadi titik perpecahan dan pemisah antara rakyat dalam setiap kawasan.

    “Biarlah kita ibarat biduk berlalu kiambang bertaut,” katanya.

    Fatimah turut menasihati agar mereka yang tidak dipilih kelak agar menyokong calon BN dengan matlamat untuk memperoleh kemenangan kepada parti itu.

    “Kita perlu kemenangan besar bagi membolehkan kita mencapai aspirasi bersama seperti dicatat dalam Manifesto BN,” tegasnya.

    Antara nama yang diuar-uarkan untuk mewakili BN ialah Datuk Hanifah Taib, anak Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, ahli perniagaan Datuk Malike Mahli, Anthony Valentine Laiseh dan Sulaiman Hussein. – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Fatimah Harap Usaha Melobi Di Parlimen Mukah Tidak Membawa Perpecahan "