• Elvira juara Mentor Otai

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 30 April 2018
    A- A+


    Protege, Misha Omar, Elvira membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM100,000, selepas diumumkan sebagai juara program Mentor Otai sebentar tadi. 


    Membawakan dua lagu ke pentas final, Bukan Dia Tapi Aku dan Nur Nilam Sari duet bersama Azlan Typewriter, ternyata persembahan Elvira atau nama sebenarnya Elvira Carrie Olga Arul,38, berjaya meraih kepercayaan juri tetap, juri awam dan undian atas talian.


    Ditempat kedua dengan wang kemenangan sebanyak RM 50,000 dimenangi Azee yang juga protege kepada penyanyi Zarul Husin. 


    Sementara itu ditempat ketiga dan keempat pula dimenangi Alina, dan AJ atau nama sebenarnya Kamarol Azril Al’ azemi. Melalui kemenangan itu Alina yang juga protege kepada Siti Sarah manakala AJ pula protege kepada penyanyi Tam Spider, masing- masing membawa pulang hadiah wang tunai RM 20,000 dan RM 5,000.


    Program Mentor Otai yang sudah bersiaran selama enam minggu setiap hari Ahad di salurab TV3 v dipancarkan secara lansung melalui Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. 


    Program ini juga menampilkan Haziq Hussni dan Elly Mazlein sebagai pengacara selain Edry Abdul Halim dan Mark Adam sebagai juri tetap. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Elvira juara Mentor Otai "