• Elaun anggota sukarelawan polis dinaikkan berkuat kuasa serta merta - Ahmad zahid

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 1 April 2018
    A- A+

    ALOR SETAR, 1 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kenaikan elaun sukarelawan polis di seluruh negara sebanyak RM2 sejam berkuat kuasa serta merta.

    Ahmad Zahid berkata ia membabitkan kenaikan elaun anggota daripada RM6 kepada RM8 sejam, manakala pegawai daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam.

    "Saya ingin mengumumkan bagi sukarelawan polis kenaikan elaun berkuat kuasa sebagaimana pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk seluruh anggota sukarelawan dalam pasukan-pasukan sukarelawan yang lain.

    "Kenaikan ini berkuat kuasa serta merta...mudah-mudahan akan lebih ramai lagi penyertaan di dalam pasukan sukarelawan ini untuk memberikan motivasi dan semangat yang baik," katanya ketika berucap merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini, hari ini.

    Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Perdana Menteri sangat menitikberatkan soal keselamatan negara termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan melengkapkan pasukan itu melalui peruntukan untuk pembelian dan peralatan aset yang canggih.

    "Perdana Menteri membeikan respons yang sangat baik dan sangat prihatin kerana berpendapat polis perlu dilengkapkan dengan peralatan baharu supaya pencapaian polis akan lebih baik.

    "Keprihatinan Perdana Menteri bukan sahaja setakat memperkasakan aset tetapi juga menaikkan taraf semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan IPD terutama di berek polis seluruh negara," katanya.

    Beliau berkata umpamanya seperti berek polis apabila peruntukan yang besar disalurkan untuk menaik taraf berek berkenaan daripada dua unit berek dijadikan hanya satu unit supaya setiap berek ada tiga bilik tidur dan sekurang-kurangnya dua bilik air.

    Ahmad Zahid berharap kesemua perancangan untuk menaik taraf itu akan dapat dilaksanakan segera apabila semua masalah-masalah utama termasuk kewangan dapat diatasi.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Perdana Menteri sangat menitikberatkan soal keselamatan negara termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan melengkapkan pasukan itu melalui peruntukan untuk pembelian dan peralatan aset yang canggih.

    "Perdana Menteri membeikan respons yang sangat baik dan sangat prihatin kerana berpendapat polis perlu dilengkapkan dengan peralatan baharu supaya pencapaian polis akan lebih baik.

    "Keprihatinan Perdana Menteri bukan sahaja setakat memperkasakan aset tetapi juga menaikkan taraf semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan IPD terutama di berek polis seluruh negara," katanya.

    Beliau berkata umpamanya seperti berek polis apabila peruntukan yang besar disalurkan untuk menaik taraf berek berkenaan daripada dua unit berek dijadikan hanya satu unit supaya setiap berek ada tiga bilik tidur dan sekurang-kurangnya dua bilik air.

    Ahmad Zahid berharap kesemua perancangan untuk menaik taraf itu akan dapat dilaksanakan segera apabila semua masalah-masalah utama termasuk kewangan dapat diatasi. -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Elaun anggota sukarelawan polis dinaikkan berkuat kuasa serta merta - Ahmad zahid "