• Ekonomi Bertambah Kukuh Jika BN Menang

    Published: Wednesday, 11 April 2018
    A- A+

    Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Najib Razak dijangka memperoleh kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), demikian ramalan firma penyelidik, Oxford Economics.

    “Najib sudah mengumumkan janji pilihan raya menerusi manifesto termasuk kenaikan gaji kakitangan awam dan upah minimum lebih tinggi.

    Ini dijangka dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 0.25 mata peratusan tahun ini.

    “Jangkaan kami, parti pemerintah akan memperoleh kemenangan selesa,” kata pakar ekonominya, Sian Fenner.

    PRU14 dijadual pada 9 Mei depan selepas pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihanraya semalam.

    Tambah firma itu, BN mengeluarkan satu manifesto yang memfokuskan usaha menangani kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia.

    “Antara lain, pemotongan cukai pendapatan dan bayaran tunai lebih tinggi untuk isi rumah berpendapatan rendah, gaji agregat bagi kakitangan awam juga ditingkatkan 10 peratus dengan membabitkan tambahan berjumlah RM1.46 bilion, berkuat kuasa 1 Julai ini.

    “Najib juga menjanjikan kenaikan gaji minimum dari RM950 dan RM1,000 pada masa ini, kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun,” katanya.

    Firma penyelidikan itu turut mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.2 peratus pada tahun ini.-BNBBC

    Subjects:

  • No Comment to " Ekonomi Bertambah Kukuh Jika BN Menang "