• Dulu Si Gemuk, Kini Juara Bina Badan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 19 April 2018
    A- A+

    HARBIN: Zhang Shuai, seorang pelajar berumur 22 tahun di Institut Teknologi Heilongjiang di Harbin menjadi tajuk berita di China baru-baru ini kerana transformasi ‘si gemuk’ kepada juara bina badan dalam tempoh enam bulan.

    Lapor OddityCentral, Shuai pernah menjadi bintang sukan dalam pasukan bola keranjang di kolejnya, tetapi beberapa tahun lalu, dia mengalami kecederaan serius yang menyebabkan dia berhenti bersukan dan menghadapi kemurungan.

    Disebabkan tabiat makan berlebihan dan kurang bersenam, berat badannya meningkat 40 kilogram dalam tempoh enam bulan, yang menyebabkannya berasa tidak selesa.

    Bagaimanapun, enam bulan lalu, Zhang Shuai mengambil keputusan untuk menghentikan semua tabiat buruk tersebut dan sudah tiba masanya untuk dia mendapatkan kembali bentuk badan menarik.

    Dia mula bersenam serta mengamalkan diet sihat yang ketat dan hasilnya, dalam masa setengah tahun dia berjaya mendapatkan tubuh badan terbaik dalam hidupnya.

    Zhang bukan sahaja berjaya me­ngurangkan berat badannya sebanyak 30 kilogram dalam tempoh enam bulan, tetapi dia juga berjaya membina badan dan otot sepanjang tempoh ber­kenaan.

    Baru-baru ini, dia menang dalam kejuaraan bina badan peringkat daerah dan kini dia be­kerja sebagai tenaga pengajar sementara di sebuah gim di Harbin.

    “Proses tersebut bukan hanya mengurangkan berat badan saya, malah sebenar­nya ia telah mengubah semua tabiat tidak sihat saya selama ini dan saya juga menjadi le­bih positif,” kata Zhang kepada China Daily.- Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Dulu Si Gemuk, Kini Juara Bina Badan "