• Dulu Ketika Jadi PM Kenapa Mahathir Tidak Mahu Kembalikan Hak Sarawak?

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+

    Ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed, Sarawak begitu terpinggir dan terus ketinggalan dari arus pembangunan yang sepatutnya.

    Lebih menyedihkan lagi, hak Sarawak diambil dan terhakis tanpa memberi ruang serta peluang kepada pemimpin negeri ini menuntut kembali perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Satu-satunya perkara yang Mahathir tidak berjaya adalah meletakkan Perbadanan Pembekalan Letrik Sarawak (SESCO) di bawah pentadbiran kerajaan pusat kerana pemimpin Sarawak amat bijak mempertahankan hak tersebut.

    Sekarang Mahathir yang bersama kem pembangkang berjanji pula akan memudahkan urusan menggembalikan hak Sarawak sedangkan beliau sendiri tidak pedulikan negeri ini jika Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan selepas PRU14.

    Dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hak-hak Sarawak yang terhakis dan diambil ketika era Mahathir akan tetap dikembalikan kepada Sarawak.

    Selepas Najib menggembalikan Empangan Hidroelektrik Bakun kepada negeri ini, dalam manifesto BN kali ini, penyeliaan terhadap elektrik turut dikembalikan sepenuhnya kepada kerajaan negeri.

    Ini akan memberi peluang peningkatan ekonomi kepada negeri di mana pelabur-pelabur luar akan melabur ke negeri ini.

    Pada masa sama akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sejajar dengan hasrat kerajaan BN yang mahu mewujudkan 3 juta peluang pekerjaan. 

    Ternyata manifesto BN pada kali ini lebih banyak memberi manfaat kepada negeri dan rakyat Sarawak.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Dulu Ketika Jadi PM Kenapa Mahathir Tidak Mahu Kembalikan Hak Sarawak? "