• Dukun Kutip RM1.5 Juta Pada Hari Pertama Tayangan

    Reporter: M. H. W.
    Published: Saturday, 7 April 2018
    A- A+

    SELEPAS 12 tahun ‘terperam’, filem arahan Dain Said berjudul Dukun akhirnya bertemu penonton di layar perak buat kali pertama pada 5 April lalu.

    Filem kontroversi itu malah mencatatkan sejarah buat syarikat penerbitannya apabila berjaya meraih kutipan tertinggi sehingga RM1.5 juta pada hari pertama tayangannya.

    Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, kutipan itu adalah hasil daripada 120 buah pawagam seluruh negara termasuk Brunei.

    “Astro Shaw berbesar hati mengumumkan filem Dukun membuka tayangan hari pertama di pawagam dengan catatan manis bersama kutipan menghampiri angka RM1.5 juta.

    “Kami juga menerima berita baik daripada pihak pempamer apabila adanya penambahan lokasi tayangan, dengan jumlah keseluruhan 133 pawagam setakat ini,” katanya dipetik BH Online.

    Dalam pada itu, Najwa turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan penuh terhadap filem tersebut.

    “Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada penonton yang menonton filem ini di pawagam.

    “Semoga filem ini menunjukkan hasil positif dan kepada mereka yang masih belum berkesempatan, segera ke pawagam berdekatan untuk menonton Dukun,” ujar Najwa.

    Untuk rekod, kutipan pembukaan Dukun dikatakan hampir menyamai pungutan hari pertama filem terbitan Skop Productions iaitu KL Gangster yakni sebanyak 1.6 juta pada 2011. – MYNEWSHUB.CC/AM

    Subjects:

  • No Comment to " Dukun Kutip RM1.5 Juta Pada Hari Pertama Tayangan "