• Dua rangka dinosaur dijual pada harga RM13.65 juta

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 12 April 2018
    A- A+
    PARIS, Perancis - Dua rangka dinosaur iaitu Diplodocus dan Allosaurus berjaya dijual pada harga lebih 1.44 juta euro (RM6.9 juta) setiap satu menerusi satu acara lelongan di sini semalam.

    “Seorang pembeli asing membeli kedua-dua rangka dinosaur itu,” menurut rumah lelongan Drouot. Identiti pembeli itu tidak didedahkan kepada umum.

    Diplodocus merupakan spesies herbivor yang boleh mencapai saiz sepanjang 12 meter daripada bahagian hidung hingga ekor dijual dengan harga 1.44 juta euro manakala rangka haiwan karnivor Allosaurus mencatat harga bidaan tertinggi sebanyak 1.41 juta euro (RM6.75 juta).

    Kedua-dua dinosaur itu dipercayai hidup ketika zaman Jurasik akhir iaitu kira-kira 150 juta tahun lalu.

    Hanya lima rangka dinosaur lazimnya akan dilelong di seluruh dunia pada setiap tahun dan pembelinya terdiri daripada pengumpul kaya atau pihak muzium di Eropah atau Amerika Syarikat. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Dua rangka dinosaur dijual pada harga RM13.65 juta "