• Dr Tan Dikutuk Kerana Berkata Benar

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+


    Beginilah sikap kepimpinan DAP, apabila satu yang dinyatakan dengan kebenaran, akan menjadi satu musibah kepada yang bercakap benar.

    Mantan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw (DAP) disingkir dari dicalon semula pada PRU14 oleh kepimpinan DAP hanya kerana mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak terlibat langsung dalam isu 1MDB ketika menjawat sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

     Bukan setakat itu sahaja, kepimpinan DAP menggelar Tan sebagai ‘running dog’ dan pengkhianat. Malah mereka mengutuk nenek moyang Tan.

    Jelas sekali jika ada ahli DAP yang bercakap benar pasti akan disingkir dan akan menerima cercaan seperti mana apa yang berlaku terhadap Tan Seng Giaw.

    Namun Tan lebih gigih dan terus menyataan satu masa akan membuktikan siapa yang bercakap benar.

    Walaupun Tan merupakan ahli politik pembangkang, namun prinsip beliau membuktikan politik yang begitu matang.

    Memperjuangkan kebenaran dalam berpolitik. Bukan sahaja isu 1MDB, Tan turut lantang bersuara tentang alam sekitar yang semakin terhakis di Pulau Pinang.

     Apa yang berlaku terhadap Tan Seng Giaw patut di ambil ikhtibar. Tidak mustahil rakyat turut menerima cercaan dan penghinaan dari DAP jika rakyat cuba menyuarakan kebenaran jika DAP menguasai kepiimpinan negara.

    Subjects:

  • No Comment to " Dr Tan Dikutuk Kerana Berkata Benar "