• Ditembak Angkara Berebut Wanita

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+

    IPOH: Misteri kematian seorang lelaki yang ditemui dengan tiga kesan tembakan di Ladang Sungai Rui, Gerik dua minggu lalu terjawab apabila ia dipercayai berpunca daripada cin­ta tiga segi sehingga menyebabkan pergaduhan antara suspek dan mangsa.

    Kejadian bermotifkan cemburu itu terbongkar selepas polis menahan seorang penjawat awam dan teman wanitanya serta seorang lelaki lain di sekitar Gerik Selasa lalu.

    Wanita berusia 38 tahun itu merupakan bekas isteri kepada mangsa dan mereka telah bercerai sejak Disember lalu.

    Difahamkan, suspek ber­usia 41 tahun itu bertindak menembak mang­sa menggunakan sepucuk pistol kerana tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang dipercayai mahu merujuk kembali hubu­ngannya dengan wanita tersebut.-Kosmo

    Subjects:

  • No Comment to " Ditembak Angkara Berebut Wanita "