• Dewan Negara Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 2 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 yang berjumlah RM7.123 bilion untuk membiayai perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan beberapa kementerian dan jabatan.

    Rang undang-undang itu diluluskan menerusi suara majoriti setelah dibacakan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Othman Aziz.

    Perbelanjaan tambahan itu melibatkan peruntukan untuk kegunaan pelbagai kementerian tujuan perkhidmatan dan pembangunan termasuklah pembayaran lain seperti pencen.

    Antara kementerian dan agensi itu termasuk Kementerian Pendidikan sebanyak RM891.1 juta, Kementerian Dalam Negeri (RM804.27 juta), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (RM685.49 juta) dan Kementerian Kesihatan (RM479.07 juta).

    Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Awam menerima peruntukan tambahan sebanyak RM395.74 juta diikuti Kemen-terian Komunikasi dan Multimedia sebanyak RM24.3 juta, Suruhanjaya Pilihan Raya (RM82.07 juta) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (RM35 juta).- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Dewan Negara Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan "