• Cukuplah Perlekeh BR1M Pembangkang, Ramai Rakyat Yang Perlukannya

    Published: Thursday, 12 April 2018
    A- A+

    Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini menjadi topik hangat dalam media sosial.

    Bukan setakat media sosial, cakap-cakap kedai kopi juga berkisar tentang BR1M.

    Apa istimewa sangat BR1M sehingga semua orang bercakap tentangnya?

    Istimewanya BR1M akan datang adalah jumlahnya yang akan ditambah seperti yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Peningkatan jumlah BR1M sudah pasti menceriakan wajah penerimanya. Apa tidaknya bantuan yang berjumlah RM1,200 sebelum ini dinaikkan kepada RM2,000 untuk rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

    Disebaliknya keceriaan itu, netizen turut kesal dengan sikap pembangkang yang memperlekehkan BR1M.

    Netizen mahu pembangkang menerangkan kenapa BN tidak boleh memberi BR1M kepada rakyat?

    Lebih keterlaluan lagi, pembangkang menganggap BR1M sebagai rasuah dan duit hasil daripada mencuri.

    Pembangkang harus sedar BR1M bukannya untuk memancing undi kerana bantuan ini sudah diberi sejak 2009.

    Dalam manifesto pembangkang turut terkandung pemberian BR1M.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Cukuplah Perlekeh BR1M Pembangkang, Ramai Rakyat Yang Perlukannya "