• Cukuplah Beri Muka Kepada DAP, Pengundi Stampin Perlu Kembali Kepada BN

    Published: Friday, 13 April 2018
    A- A+

    Sudah pasti pengundi di Stampin melahirkan kekesalan selepas memilih Julian Tan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai ahli parlimen mereka.

    Apa tidaknya, pembangunan di kawasan itu boleh dianggap terbantut disebabkan kurangnya peruntukan disalurkan berbanding ketika Datuk Yong Khoon Seng menjadi ahli parlimen sebelum itu.

    Sehubungan itu, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian menggesa pengundi di Stampin memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan Utusan Borneo menurutnya, mandat daripada rakyat di kawasan berkenaan kepada BN amat penting bagi membolehkan rancangan pembangunan dilaksanakan dengan lancar.

    "Sekarang kawasan ini cuma ada satu 'enjin' dan kita perlukan dua (enjin) supaya lebih kuat dan peruntukan pun berganda.

    "Saya yakin kalau ahli parlimen Stampin daripada BN selepas ini, kebanyakan masalah akan dapat diselesaikan," katanya.

    Tambahnya, sokongan daripada masyarakat Bumiputera sahaja tidak mencukupi untuk BN kembali menawan parlimen Stampin.

    Katanya, ini kerana hanya 35 peratus pengundi di Stampin merupakan Bumiputera manakala 65 peratus lagu pengundi Cina.

    "Jadi kami memerlukan sokongan daripada pengundi Cina dan saya berharap mereka akan kembali," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Cukuplah Beri Muka Kepada DAP, Pengundi Stampin Perlu Kembali Kepada BN "