• Cipta Rekod Dunia Pecut Motosikal Seberang Tasik

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 20 April 2018
    A- A+

    Luca Colombo mencipta rekod dunia dengan menyeberangi tasik ketiga terbesar di Itali dalam masa hanya lima minit menaiki motosikal jenis Suzuki RMZ yang diubah suai khas.

    Menurut Daily Mail, Colombo yang berasal dari Milan melakukan aksi luar biasa itu dengan menunggang motosikal merentasi Tasik Como dari bandar Gravedona ke Colico dengan jarak sejauh kira-kira lima kilometer pada 31 Julai tahun lalu.

    Berbekalkan gelang gelembung yang mampu mengembang seperti jaket keselamatan, Colombo dengan berani menunggang pada kelajuan maksimum dan meluncur di atas air dalam masa lima minit.

    Motosikal diubah suai khas oleh Vercar Moto itu turut dilengkapi peluncur khas yang mempunyai bilah getah khas bagi membolehkannya menangani tekanan ketika meluncur dan terapung.

    Apa perlu dilakukannya hanya mengekalkan kelajuan 75 kilometer sejam diperlukan ketika menyeberang.

    Dia sepatutnya melakukan cubaan itu sebulan lebih awal iaitu pada Jun lalu tetapi terpaksa menangguhkannya akibat cuaca buruk.

    Video Daily Mail yang dirakam seseorang menaiki bot sokongan menunjukkan Colombo meluncur di permukaan tasik dan dilihat menekan minyak dari mula hingga sampai ke seberang tasik tanpa menghiraukan badannya ditolak gelombang.-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Cipta Rekod Dunia Pecut Motosikal Seberang Tasik "