• Cincin Tersangkut, Bomba Terpaksa Potong

    Published: Thursday, 5 April 2018
    A- A+

    MIRI: Pihak Hospital Umum di sini terpaksa menghubungi pasukan Bomba untuk mendapatkan bantuan apabila seorang lelaki menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan cincin di jarinya pagi ini.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan insiden tersebut pada jam 11. 04 pagi ini, sejurus itu tiga anggota diketuai Wan Sarkawi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng berkejar ke lokasi.

    Katanya, anggota Bomba yang tiba di lokasi mendapati seorang lelaki berusia 34 tahun memerlukan bantuan untuk mengeluarkan cincin yang tersangkut di jari manis tangan kanan.

    “Tindakan yang dilakukan oleh pihak Bomba dengan memotong cincin tersebut menggunakan peralatan “ ring cutter”.

    “Mangsa seterusnya diserah kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Cincin Tersangkut, Bomba Terpaksa Potong "