• Chopstick Dalam Zakar

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 30 April 2018
    A- A+


    HANOI - VIETNAM. Seorang lelaki mendakwa rakannya telah memasukkan chopstick atau penyepit ke dalam zakarnya ketika mereka mabuk.

    Pesakit hanya dikenali sebagai N V D, 42, itu terpaksa mendapatkan rawatan di wilayah Dong Nai pada keesokan harinya selepas dia mengalami kesukaran untuk membuang air kecil selain rasa sakit pada alat kemaluannya.

    Dr Tran Phuong di Hospital ITO Saigon-Dong Nai berkata, imbasan yang dilakukan tidak menunjukkan sebarang objek asing dalam zakar pesakit.

    "Chopstick sepanjang 10 sentimeter (sm) tersebut dimasukkan terlalu dalam yang mana bahagian hujungnya adalah kira-kira 2.9 sm dari pembukaan uretra. Ia bagaimanapun berjaya ditarik keluar tanpa memerlukan sebarang prosedur pembedahan," ujarnya.

    Menurut doktor itu lagi, rakan pesakit berbuat demikian kononnya kerana mahu bergurau. - Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Chopstick Dalam Zakar "