• Chong Belum Tentukan 'Nasib' Sendiri Sebaliknya Umum Nama Orang Lain

    Published: Monday, 16 April 2018
    A- A+

    Tiga penyandang antara empat nama awal yang diumumkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Mereka terdiri Alice Lau yang bertanding di Parlimen Lanang, Oscar Ling (Parlimen Sibu) dan Wong Lin Biu (Parlimen Sarikei).

    Seorang lagi calon dari zon tengah Sarawak yang turut diumumkan bertanding ialah Paren Nyawi di Parlimen Kapit.

    Pengumuman tersebut dibuat sendiri Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

    Sehingga hari ini Chong sendiri masih belum memutuskan kerusi mana yang akan ditandinginya.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Chong mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Kuching selepas mengalahkan Tan Kai.

    Namun terdapat khabar angin mengatakan Chong akan bertanding di Parlimen Stampin kerana diberitakan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian bakal diturunkan di kawasan tersebut.

    Persoalannya sekarang adakah Chong berani untuk bertanding di kawasan lain selain Bandar Kuching yang merupakan 'kerusi selamat' DAP.-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " Chong Belum Tentukan 'Nasib' Sendiri Sebaliknya Umum Nama Orang Lain "