• Celcom lancar Celcom Home Wireless

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 26 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Berhad (Celcom) melancarkan Celcom Home Wireless iaitu perkhidmatan jalur lebar untuk kegunaan kediaman yang dipacu rangkaian 4G dengan data sehingga satu terabait (TB).

    Ketua Pemasaran Prabayar dan Pascabayar Celcom, Daren Victor berkata, produk terbaharu berkenaan sangat mudah digunakan serta mempunyai kelajuan internet purata mencecah 30Mbps.

    Katanya, Celcom Home Wireless tidak memerlukan pemasangan yang kompleks kerana ia direka berdasarkan konsep pasang, pakai dan nikmati (plug, play, enjoy).

    “Terdapat tiga pakej yang ditawarkan iaitu Home Wireless Gold yang berharga RM74.20 dengan data 25 gigabait (GB) berserta 40GB Walla, Home Wireless Gold Plus (RM106+50GB+100GB Walla) dan Home Wireless Platinum (RM159+150GB+1TB Walla),” katanya dalam majlis pelancaran Celcom Home Wireless di sini hari ini.

    Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Celcom lancar Celcom Home Wireless "