• Bukan Lagi Baru Bian Di Limbang, PKR Letak Calon Baharu

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    Jika sebelum ini Pakatan Harapan (PH) menurunkan Baru Bian di kerusi Parlimen Limbang namun sekarang sedikit perubahan berlaku apabila nama Dr. Ricardo Yampi Baba yang mewakili PKR disebut-sebut akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Ricardo berasal dari Kampung Bidang di Batu Danau dan dari kaum Bisaya.

    Memetik laporan The Borneo Post, penyandang kerusi Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, pada masa ini belum ada sebarang pengesahan mengenai senarai nama calon untuk Barisan Nasional (BN).

    Menurutnya, pembangkang juga belum membuat sebarang pengumuman mengenai calon bertanding di Limbang.

    "Kita tunggu dan lihat siapa calon," katanya.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Hasbi memperolehi 12,999 undi mengalahkan Baru yang mendapat 4,698 undi.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Bukan Lagi Baru Bian Di Limbang, PKR Letak Calon Baharu "