• Budak Autisme Hasilkan Model Titanic Guna 56,000 Lego

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 20 April 2018
    A- A+

    MODEL kapal persiaran mewah, Titanic sepanjang lapan meter panjang telah berjaya dihasilkan seorang budak autisme menggunakan 56,000 kepingan Lego.

    Budak lelaki kelahiran Iceland itu mempamerkan hasil karyanya itu di Muzium Titanic di Pigeon Forge, Tennessee di Amerika Syarikat.

    Brynjar Karl Birgisson berkata, dia mula membina model itu ketika berusia 10 tahun menggunakan lakaran kapal itu yang dilukis bersama datuknya.

    "Model kapal ini siap sepenuhnya selepas 11 bulan," katanya.

    Berasal dari Reykjavik, Iceland, anak istimewa ini berkata, projek ini membantunya untuk menangani masalah sebagai kanak-kanak autisme.

    Kini berusia 15 tahun, dia menganggap ada pelbagai cara untuk menjadi insan yang dapat memberi sumbangan.

    "Walaupun autisme itu ada kalanya dianggap menakutkan, tetapi terima kasih kepada keluarga kerana banyak memberi sokongan kepada saya," katanya.

    Fakta sejarah mencatat Titanik karam pada 15 April 1912 selepas merempuh apungan ais gergasi di Lautan Atlantik ketika melalui pelayaran sulungnya.-SCMP/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Budak Autisme Hasilkan Model Titanic Guna 56,000 Lego "