• Britain Tidak Dapat Sahkan Agen Saraf Buatan Rusia

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 4 April 2018
    A- A+

    LONDON: Pusat penyelidikan tentera Britain semalam gagal menentukan sama ada agen saraf Novichok yang dipercayai meracun bekas ejen Rusia bulan lalu merupakan buatan Rusia.

    Ketua Eksekutif Makmal Pertahanan Sains dan Teknologi, Gary Aitkenhead berkata, mereka dapat mengesahkan agen saraf itu adalah Novichok dan ia merupakan agen saraf tentera.

    “Namun kami tidak dapat mengenalpasti sumber yang tepat dan kami menyediakan maklumat saintifik kepada kerajaan yang kemudian menggunakan beberapa sumber lain untuk menyatukan kesimpulan yang telah anda perolehi,” katanya.- REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Britain Tidak Dapat Sahkan Agen Saraf Buatan Rusia "